Thursday, August 6, 2009
Ragam Baru..
Bismillahirrahmanirrahim..

Lama dah tak meng'up date' blog.. Namun hari ini aku gagahkan juga semangat untuk 'post' sesuatu yang baru buat tatapan si pembaca terutamanya ahli keluarga yang tak pernah jemu-jemu menjengah blog ini.

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kpd Allah Ta'ala kerana izinNya aku masih bernafas dan dapat meneruskan kehidupan. Alhamdulillah sangat-sangat kerana hari ini merupakan hari istimewa buatku kerana merupakan hari 'merdeka' setelah 44 hari berpantang selepas bersalin.

Nasi lemak yang Abg Amar beli minggu lepas sangat-sangat ganjil rasanya. Bagus juga apabila dapat merasai kelainan, badan terasa sihat kerana lama tak sentuh makanan berminyak dan berlemak... bersambung
posted by siMerah @ 1:36 AM  
Masa itu maruah
Recent posted
Archives
Rantaian ranting rimba
Info pelengkap
Apa-apa aje

 

© el-Hamra