Tuesday, May 20, 2008
SELAMAT HARI GURU, CIKGU..



'Selamat hari guru, cikgu..'
'Jazakillah hu khairan.'

Hari ni hampir 2 bulan aku bergelar 'pendidik'... Guru Bahasa Arab, Bahasa Melayu..dan subjek Sejarah yang paling tidak digemari turut diamanahkan kpd diriku..kelakar ada, gembira pun ada.. tak sangka pendidik adalah kerjayaku sekarang.. tapi aku redha dan percaya setiap peluang yang Allah beri tak perlu disiakan kerana mungkin peluang takkan datang kali kedua.

Dan kini aku mula cintakan kerjaya ini, mg Allah sentiasa merahmati diriku dan sentiasa memujuk hatiku cintakan pekerjaan mulia ini.. SELAMAT HARI GURU BUAT JIWAKU..







posted by siMerah @ 9:21 PM  
Friday, May 16, 2008
IBU ENGKAULAH RATU HATIKU

Ibu Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku Sedih Gembira Gelisah
Naluri ibumu Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu
hingga ke hari tua Ibu

Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi JIWAMU.......

SAAAAYANG MAK.....
(Dedikasi buat mak tersayang+tercinta Hjh Zabidah Mat Jaman. Anakanda sentiasa doakan kesihatan mak, mg mak sentiasa tabah dgn stp ujian yang dijanjikan Allah swt buat hambaNya..)



posted by siMerah @ 8:44 PM  
Masa itu maruah
Recent posted
Archives
Rantaian ranting rimba
Info pelengkap
Apa-apa aje

 

© el-Hamra