Thursday, June 11, 2009
Bangun pagi gosok gigi... aik! jerebu ke?
agi Jumaat, seperti kebiasaan ana bersama suami tercinta, berjemaah menunaikan solat subuh sebelum keluar riadhah. Teringat pesan aruah mak dulu anak-anak mak kalau dah kawin nak bersalin esok, kena banyak riadhah ringan-ringan, senang bersalin nanti...

Tapi hari ni agak pelik kerana langit agak gelap. Ku jengah keluar untuk kepastian. Abang! jerebu tebalnya. Suamiku berpesan, "kalau nak keluar lekap hidung mulut dgn sapu tangan". Teringat dolu-dolu peristiwa jerebu 1993 kementerian kesihatan mengeluarkan amaran agar sekolah dan agensi kerajaan ditutup sementara berikutan jerebu tebal melanda. 

Amaran Allah SWT telah jelas terpulang kepada diri kita untuk menafsir samada bala ataupun bencana. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud akan datang kepada umatku di akhir zaman, imam Mahadi memimpin tentera Allah SWT memusnahkan kebatilan. Juga diriwayatkan tanda-tanda Imam Mahadi telah turun adalah keluarnya asap yang keluar dari bumi.

Semoga kita tergolong bersama orang-orang yang sentiasa takut dengan amaran Allah SWT dan bersedia untuk bersama tentera kebangkitan kerajaan Islam dunia kelak, amin!

Gambar Kanan - Simbol pemerintahan kerajaan Osmaniah Turki yang pernah memerintah hampir 1000 tahun (tahun kejatuhan 1922) lebih 2/3 dunia. 

Bersediakah kita menghadapi saat terbentuknya kerajaan baru Islam Imam Mahdi dan Baginda Nabi Isa A.S seperti yang telah dijanjikan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW sebelum berlakunya hari kiamat kelak? Wallahua'lam
posted by siMerah @ 9:46 PM  
Masa itu maruah
Recent posted
Archives
Rantaian ranting rimba
Info pelengkap
Apa-apa aje

 

© el-Hamra