Friday, April 3, 2009
Berjuang kerana Allah
Ya Allah Kau kurniakanlah keinsafan dan petunjuk kepada anak bangsaku yang semakin dihimpit kelalaian yang membinasakan. Dengan taufik dan hidayahMu maka ampunilah kami dan bimbinglah kami demi mengecapi kemanisan dalam perjuangan menegakkan agama Mu ya Allah Tuhan yang maha perkasa...

Berjuanglah anak bangsaku!

Ikhlas dalam perjuangan.

Perjuangan yang telah mengorbankan masa, harta, darah dan nyawa ini tidak seharusnya dipersiakan dengan sikap yang salah dan tindakan yang menyanggahi prinsip ilmu dan amal Islam. Kelak, segala yang dikorbankan itu hanya menjadi debu tanpa nilai . Ingatlah pesanan Ilahi :

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa Yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan Dia terbuang sebagai debu Yang berterbangan." Surah al Furqan . Ayat : 23

Ingin saya tegaskan di sini bahawa , perjuangan kita hendaklah seindah islam yang diperjuangkan . Sementara keindahan Islam ini pula terletak pada Khaliq tuhan pencipta.

Justeru itu, janganlah berjuang selain daripada usaha mendapatkan redho dan restu dari-Nya.

Awaslah, ramai yang berjuang dan mengaku berjuang (biarpun tidak memenuhi piawaian standard sebagai seorang pejuang) tetapi mereka bukan berjuang kerana Allah dan agamaNya .

Sebaliknya mereka hanya berjuang dengan mengatas namakan perjuangan Islam, sedang apa yang mereka mahu capai ialah kemasyhuran, kehebatan dan kedudukan. Sabda rasulullah saw:

حدثنا أبو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ أَنَّ رَجُلًا أَعْرَابِيًّا أتى النبي فقال يا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ
فَمَنْ في سَبِيلِ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ من قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ أَعْلَى فَهُوَ في سَبِيلِ اللَّهِ

“Hadis Abi Asy`ari Rha. : bahawa seorang lelaki A’rabi mendatangi nabi saw lantas bertanya : Wahai Rasulullah , seseorang berperang ( berjuang ) supaya memperolehi harta ghanimah , ada yang berjuang supaya namanya disebut – sebut, ada yang berjuang supaya dilihat kedudukannya, maka siapakah yang benar – benar berjuang dijalan Allah? maka Nabi saw menjawab: Barangsiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah swt. maka dialah pejuang di jalan Allah swt. Sohih Muslim. Hadis No : 1904 Juzuk 3 Muka surat 1512

Pejuang yang ikhlas bukan kerana wang

Meletakkan kepentingan Islam mengatasi segalanya bukan wang, upah ataupun harta. Tetapi yakin harta, pangkat dan kebahagiaan hidup adalah hadiah dari Allah swt di atas keredhaan amalan yang ikhlas. Maknanya wang yang mencari kita bukan kita cari wang. Inilah asas penting bagi seorang pejuang Islam bagi membuktikan keikhlasannya berjuang. Bertindak menjadikan puak atau kumpulan lebih penting berbanding Islam dan perjuangannya adalah satu tindakan salah dan menyeleweng dari manhaj an Nabawi.

Perjuangan umno sejak era kepimpinan Tun Dr Mahathir lagi dilihat sebagai menyimpang kerana wang menjadi sandaran berbanding umno di zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, bergadai emas dan tanah demi perjuangan membela maruah bangsa dari penjajahan. Berubahlah jika tidak mahu diubah!

Demikian juga sikap berdolak dalih dengan kebenaran demi memburu kepentingan duniawi bahkan sanggup pula mengampu untuk mencari tempat selesa dalam perjuangan kononnya , adalah suatu langkah yang tidak benar serta menyalahi sunnah perjuangan Islam .

Apa yang pasti , pejuang – pejuang Islam mesti mendepani segala cabaran tanpa ragu untuk mengorbankan segalanya andai itulah yang diperlukan. Sekalipun disaat berhadapan dengan pemerintah yang enggan mendaulatkan syariat Allah swt.

Mengambil sikap hanya bercakap dan mengemuka pandangan tidak melebihi dan melampaui pandangan pemerintah merupakan sikap tidak telus dan tidak wajar buat seorang pejuang apalagi seorang muslim bertaraf sarjana .

Tentu sahaja etika kesarjanaan meletakkan kita berani berkata benar dan tiada siapa boleh menghalang kebenaran untuk mengemukakan pandangan atau pendapat berasaskan hujjah syariah yang dipelajarinya.

Pejuang Islam selayaknya Menjuarai dan Mendepani Isu – Isu Ummah

Jangan lengah ! malah jangan sekali kali meletakkan ummah dalam keadaan terpinga – pinga berhadapan dengan isu – isu penting membabitkan kepentingan mereka . Apatah lagi mengeruhkan suasana dengan polemik yang tidak berkesudahan.

Atasi konflik dalaman yang mungkin hanya berpunca dari persoalan yang remeh temeh dikalangan sesama pejuang justeru ia akan menghela kearah suasana yang lebih membingungkan ummah sedang rata – ratanya tidaklah begitu arif ( secara mendalam ) dalam perkara agama dan usul – usulnya.

Tangani isu dengan dada lapang dan positif dalam tindakan. Biarpun ada pihak kita kritik dan tegur tetapi mestilah dengan teguran dan kritikan yang benar. Benar berhujjah, tidak menegakkan benang yang basah . Benar mensasar, yang salah kita kata salah dan yang benar kita kata benar walau datang dari pihak yang sama.
posted by siMerah @ 2:52 AM  
Masa itu maruah
Recent posted
Archives
Rantaian ranting rimba
Info pelengkap
Apa-apa aje

 

© el-Hamra