Sunday, June 7, 2009
KELAHIRAN YANG DINANTI.....

Definisi

Kelahiran anak atau bersalin adalah proses pada akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim ibu.

Kebanyakan wanita yang berpotensi hamil adalah sihat. Mereka dijangka dapat mengandung dan bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat.

Jangka masa bersalin berbeza-beza antar individu. Wanita yang hamil kali pertama mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding jangka masa 8 jam untuk wanita yang perna bersalin.

Proses kelahiran manusia adalah lebih sukar dan menyakitkan berbanding haiwan. Ini kerana secara relatifnya bentuk tulang pinggul ibu dan rangka kepala janin yang lebih besar.

Kini terdapat banyak kaedah untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.

Proses kelahiran yang boleh di bahagi kepada 3 peringkat:

Fasa pertama

Fasa kedua

Fasa ketiga


1. Fasa pertama kelahiran

Kelahiran bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran

Rahim akan mengecut setiap 10-30 minit pada mulanya dan pengecutan berlaku untuk

jangka masa 40 saat

Kadar pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap 2 minit

Setiap kali rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai 10cm

atau (4") lebar

Biasanya pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah jangkitan

Lapisan tersebut akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula (show)

Ini boleh diikuti dengan pecahnya selaput air ketuban ("water bag membrane")


2. Fasa kedua kelahiran

Bayi / janin dikeluarkan dari rahim melalui vagina. Ianya berlaku apabila otot rahim

dan abdomen mengecut dengan kuat

Biasanya kepala bayi dilahirkan dahulu

Sekiranya bayi berkedudukan songsang bahagian punggungnya akan dikeluarkan

dahulu. Dalam keadaan ini kaki bayi terlipat ke atas. Kini, bagi ibu yang kali pertama

hamil, selalunya bayi akan dikeluarkan melalui pembedahan "caesarean"

Selepas dilahirkan, tali pusat bayi yang menghubungkan bayi kepada uri akan dikapit

dan dipotong


3. Fasa ketiga kelahiran

Fasa ketiga kelahiran berlaku lebih kurang ¼ - ½ jam selepas bayi dilahirkan

Uri akan dikeluarkan. Uri bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri

daripada saluran darah dan tisu kolektif

Ringkasan Kelahiran

Kadangkala komplikasi boleh berlaku semasa kelahiran dan memerlukan intervensi seperti

penggunaan vakum, forsep atau pembedahan.

Sekiranya kelahiran berlaku pada remaja yang berumur kurang dari 14 tahun, komplikasi

boleh berlaku dan kelahiran mungkin tersekat akibat tulang pinggul yang sempit dan tidak

berkembang sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan kematian ibu dan anak serta kecederaan

kepada organ-organ di sekitar bahagian pelvis.


Semakan akhir:  28 April 2008 
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/KELAHIRAN.pdf

posted by siMerah @ 4:36 AM  
Masa itu maruah
Recent posted
Archives
Rantaian ranting rimba
Info pelengkap
Apa-apa aje

 

© el-Hamra