Wednesday, March 26, 2008
ooOOH ISTERI..

Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini
pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati... tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung...
ALlah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapiAllah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami...
seluruh kebaikan suaminya,
semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat...Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan di luar rumah,segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,
juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki
supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,
dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
(Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him)

"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... "Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

(Doaku mg menjadi isteri solehah yang Allah janjikan Jannah disisinya, Amen..)

posted by siMerah @ 7:12 AM  
Tuesday, March 18, 2008
MALU

Aduhai,
setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU ...
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya
lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipudaya nafsu.
Aduhai,
setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU Kerana MALU,
si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas- batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT! Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !" Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH! Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN. Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya. MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA. MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar wal mungkar!!!
posted by siMerah @ 9:01 PM  
Masa itu maruah
Recent posted
Archives
Rantaian ranting rimba
Info pelengkap
Apa-apa aje

 

© el-Hamra