Wednesday, June 10, 2009
Kuliah berjalan seperti biasa
Hari rabu adalah hari rutin untuk para amilin dan pejuang-pejuang Islam mengisi ilmu secara formal di rumah abah, di sertai rakan-rakan bapa mertua ku. Mereka terdiri dari ahli pertubuhan Muafakat Malaysia, sebuah NGO Islam yang disertai oleh ramai professional seperti CEO Ingress Auto, Datuk Ramli Musa. Bekas pengasas Yayasan Anda di Johor Darul Takzim suatu ketika dahulu pada tahun 1971, Ustaz Ismail Mina juga sahabat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah banyak menabur bakti melahirkan pemimpin negara seperti Y.A.B Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin, dan ramai lagi yang masih belum ku kenali.

Usrah Pertubuhan Muafakat yang dikepalai oleh Ustaz Osman El Muhammady sebulan sekali menyapa rumah abah kerana kebiasaannya tidak tetap dan bergilir rumah setiap minggu.

Ya, aku sedar abah memikul tanggungjawab yang tinggi sbg Bendahari Agung, menambah kesibukan yang telah sedia ada sebagai Nazir baru 2009 masjid As Sobirin, Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan.

Tugas ku mengemas dan membasuh pinggan mangkuk hidangan setiap kali kuliah berakhir sekurang-kurangnya mampu meringankan bebanan abah dalam menguruskan syarikat, aktiviti pertubuhan dan aktiviti harian masjid. Ok ape...

Namun sudah dua minggu rumah ini sepi dari kuliah ilmu kerana Ustaz Rauf juga pengamal perubatan aroma terapi, mengerjakan umrah. Hari ini rahmat Allah SWT kembali menyapa rumah abah sekembalinya Ustaz Rauf ke tanah air dua hari lepas.

Ole-ole dari Mekah seperti zam-zam dan kurma semacam menjadi kebiasaan setiap kali jemaah mengerjakan Haji atau Umrah dihadiahkan sebaik sahaja Ustaz melangkah masuk sebelum kuliah dimulakan sebentar tadi.
posted by siMerah @ 7:28 AM  
Masa itu maruah
Recent posted
Archives
Rantaian ranting rimba
Info pelengkap
Apa-apa aje

 

© el-Hamra