Dah lama tak balik kampong. Rindu sangat.. Walaupun dah takde sape kat kampong tp hati rasa terpanggil nak kembali ke desa tercinta. Akhir sekali ku jengah kampung semasa hari raya Aidilfitri yang lepas. 1st beraya bersama insan bergelar suami.. 1st jgk kami adik beradik beraya tanpa insan yang sangat dicintai dan dirindui Bonda Zabidah Mat Jaman. Ayahanda Mohd Radzi MatDahan turut dah lame meninggal, since 97.. AL-FATIHAH..
 MMmmm life has to keep on...
Alhamdulillah awal2 lagi aku dah bereskan kerja menanda kertas ujian student. So balik kampong blh berehat sepenuhnya.. Suamiku jgk turut sangat 'xcitet' nak balik kampong, maklum jela orang bando kolumpo heheh.. bila sebut nak balik kampong bukan main seronok..
Anak ummi yang aktif dalam perut nipun ummi bawak tour Perak.. heheheh
So, malam ni kena la bersiap2 kemas pakaian dan peralatan sepatutnya utk dibawa pulang.. tak lame..sampai hari Ahad InsyAllah.
Nak ziarah pusara bonda dan ayahanda tercinta, bermalam InsYallah di rumah Yan (mak saudara) then keliling satu Perak. Apela perkembangan negeriku yang tercinta tu..??
Huhh bertolak esok InsyAllah lepas solat Jumaat. Moga Allah lancarkan perjalanan kami suami isteri, Amin..
Moga2 percutian ni betul2 manfaat dan berbaloi buat kami, esspecially buat suamiku n.... anak ummi yang aktif ni...
eeee tak sabar... K.Kangsar Here We Come!!!
|