Thursday, August 6, 2009
Ragam Baru..
Bismillahirrahmanirrahim..

Lama dah tak meng'up date' blog.. Namun hari ini aku gagahkan juga semangat untuk 'post' sesuatu yang baru buat tatapan si pembaca terutamanya ahli keluarga yang tak pernah jemu-jemu menjengah blog ini.

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kpd Allah Ta'ala kerana izinNya aku masih bernafas dan dapat meneruskan kehidupan. Alhamdulillah sangat-sangat kerana hari ini merupakan hari istimewa buatku kerana merupakan hari 'merdeka' setelah 44 hari berpantang selepas bersalin.

Nasi lemak yang Abg Amar beli minggu lepas sangat-sangat ganjil rasanya. Bagus juga apabila dapat merasai kelainan, badan terasa sihat kerana lama tak sentuh makanan berminyak dan berlemak... bersambung
posted by siMerah @ 1:36 AM  
Thursday, July 16, 2009
Tanda Tanya???
Alhamdulillah bertambah ceria hidup kami suami isteri selepas kehadiran cahaya mata zuriat penyejuk hati MUHAMMAD AKIF B MUHAMMAD AMAR. Seakan tak percaya, kini aku bergelar ummi. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Rabbul Izzati atas kurniaan yang cukup bernilai bagi setiap pasangan suami isteri.

Hari ini baby dah pun berusia 24 hari. Seronok melihat Akif membesar di depan mata sendiri... Dari tak pandai menyusu sehingga dah tak menyempat kini bila dahaga heehhe..kelakar pun ada melihat gelagat Akif.

Akif pun dah pandai senyum-senyum tapi ntahla dia senyum ngan siapa?? pelik pun ada. Bila pertama kali tengok Akif senyum aku pelik dan tertanya-tanya, Akif ni senyum ngan sape yek?? Takpela, Akif tetap comel walaupun senyum sorang-sorang. Hmmm semuanya indah di pandangan mata melihat gelagat Akif.. geram!!!

Ya Allah, Mudah-mudahan Akif menjadi anak yang Solleh, Hamba Allah yang taat, Abg Long yang tegas dan menjadi contoh kepada adik-adiknya, pemuda yang sentiasa memperjuangkan Ad-deen dan pemimpin adil kepada masyarakat Ameen Ya Rabb!!

posted by siMerah @ 9:03 PM  
Sunday, July 5, 2009
He is a boy!
Muhammad Akif Bin Muhammad Amar, my truly sweet heart, the second grand children of my father in law Ar. Tuan Haji Mohd Amin Hashim, swimming in my womb since last 9 months ago, born in June 23th 2009, at Kuala Lumpur PUSRAWI Jalan Tun Razak, tragically 6.40 am when the sun rose a human weight 3.7 kg came out for his first breath. What a real live experience as a new mom back then, well here I post some pictures to remember my adorable son, the entire of my life...


posted by siMerah @ 7:12 AM  
Thursday, June 11, 2009
Bangun pagi gosok gigi... aik! jerebu ke?
agi Jumaat, seperti kebiasaan ana bersama suami tercinta, berjemaah menunaikan solat subuh sebelum keluar riadhah. Teringat pesan aruah mak dulu anak-anak mak kalau dah kawin nak bersalin esok, kena banyak riadhah ringan-ringan, senang bersalin nanti...

Tapi hari ni agak pelik kerana langit agak gelap. Ku jengah keluar untuk kepastian. Abang! jerebu tebalnya. Suamiku berpesan, "kalau nak keluar lekap hidung mulut dgn sapu tangan". Teringat dolu-dolu peristiwa jerebu 1993 kementerian kesihatan mengeluarkan amaran agar sekolah dan agensi kerajaan ditutup sementara berikutan jerebu tebal melanda. 

Amaran Allah SWT telah jelas terpulang kepada diri kita untuk menafsir samada bala ataupun bencana. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud akan datang kepada umatku di akhir zaman, imam Mahadi memimpin tentera Allah SWT memusnahkan kebatilan. Juga diriwayatkan tanda-tanda Imam Mahadi telah turun adalah keluarnya asap yang keluar dari bumi.

Semoga kita tergolong bersama orang-orang yang sentiasa takut dengan amaran Allah SWT dan bersedia untuk bersama tentera kebangkitan kerajaan Islam dunia kelak, amin!

Gambar Kanan - Simbol pemerintahan kerajaan Osmaniah Turki yang pernah memerintah hampir 1000 tahun (tahun kejatuhan 1922) lebih 2/3 dunia. 

Bersediakah kita menghadapi saat terbentuknya kerajaan baru Islam Imam Mahdi dan Baginda Nabi Isa A.S seperti yang telah dijanjikan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW sebelum berlakunya hari kiamat kelak? Wallahua'lam
posted by siMerah @ 9:46 PM  
Wednesday, June 10, 2009
Kuliah berjalan seperti biasa
Hari rabu adalah hari rutin untuk para amilin dan pejuang-pejuang Islam mengisi ilmu secara formal di rumah abah, di sertai rakan-rakan bapa mertua ku. Mereka terdiri dari ahli pertubuhan Muafakat Malaysia, sebuah NGO Islam yang disertai oleh ramai professional seperti CEO Ingress Auto, Datuk Ramli Musa. Bekas pengasas Yayasan Anda di Johor Darul Takzim suatu ketika dahulu pada tahun 1971, Ustaz Ismail Mina juga sahabat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah banyak menabur bakti melahirkan pemimpin negara seperti Y.A.B Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin, dan ramai lagi yang masih belum ku kenali.

Usrah Pertubuhan Muafakat yang dikepalai oleh Ustaz Osman El Muhammady sebulan sekali menyapa rumah abah kerana kebiasaannya tidak tetap dan bergilir rumah setiap minggu.

Ya, aku sedar abah memikul tanggungjawab yang tinggi sbg Bendahari Agung, menambah kesibukan yang telah sedia ada sebagai Nazir baru 2009 masjid As Sobirin, Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan.

Tugas ku mengemas dan membasuh pinggan mangkuk hidangan setiap kali kuliah berakhir sekurang-kurangnya mampu meringankan bebanan abah dalam menguruskan syarikat, aktiviti pertubuhan dan aktiviti harian masjid. Ok ape...

Namun sudah dua minggu rumah ini sepi dari kuliah ilmu kerana Ustaz Rauf juga pengamal perubatan aroma terapi, mengerjakan umrah. Hari ini rahmat Allah SWT kembali menyapa rumah abah sekembalinya Ustaz Rauf ke tanah air dua hari lepas.

Ole-ole dari Mekah seperti zam-zam dan kurma semacam menjadi kebiasaan setiap kali jemaah mengerjakan Haji atau Umrah dihadiahkan sebaik sahaja Ustaz melangkah masuk sebelum kuliah dimulakan sebentar tadi.
posted by siMerah @ 7:28 AM  
Guru tetap sibuk walaupun cuti sekolah
Syukur Alhamdulillah badan agak sihat dan cergas walaupun diberi amanah mengendong anak sulung dalam perut yang semakin membesar dan membuncit. Kertas soalan belum dapat habis ku tanda, namun syukur, berkat kesabaran, dorongan serta bantuan dari suami ku yang tercinta, hampir selesai kertas peperiksaan mid sem ku tanda. Syukur, nikmat kurniaan Ilahi ku syukuri sebaik-baiknya...

Mmmm... Hari ni masuk minggu terakhir cuti persekolahan. Persiapan tetap berjalan seperti biasa.

Debaran menanti kelahiran anak pertama semakin hangat bahangnya... tak sabar? mungkin juga. Gentar? akan kuharungi seperti mana ibu ku melahirkan ku 27 tahun dahulu. Dahulu tiada doktor, tiada pakar bedah, tiada kelengkapan, peralatan hospital jauh sekali. Hidup sebagai anak desa tidak sesenang yang disangka. Namun kebahagiaan yang dikurniakan Allah SWT melangkaui segalanya...

Syukur tidak terhingga aku tergolong di antara insan yang husnul khotimah berguna untuk agamaku, bangsaku dan negaraku... Sarjana muda sudah ku jamah, namun sokongan dari suamiku untuk ku terus menimba ilmu tidak pernah jemu. Tiga tahun lagi sebaik langsai hutang pinjaman PERKESO akan ku teruskan perjuangan keperingkat yang lebih tinggi. UIA akan ku tawan duniamu... Moga anak yang bakal menjengah kehidupan di dunia tidak lama lagi ini adalah pemimpin ummat teragong diakhir zaman ini...

"Ya Allah, moga Kau ringankan segala derita sakit bersalinku, moga zuriat yang lahir ini adalah zuriat yang dinanti sebagai salah seorang pejuang/penegak ad-DinMu, Ameen.."
posted by siMerah @ 1:53 AM  
Sunday, June 7, 2009
KELAHIRAN YANG DINANTI.....

Definisi

Kelahiran anak atau bersalin adalah proses pada akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim ibu.

Kebanyakan wanita yang berpotensi hamil adalah sihat. Mereka dijangka dapat mengandung dan bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat.

Jangka masa bersalin berbeza-beza antar individu. Wanita yang hamil kali pertama mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding jangka masa 8 jam untuk wanita yang perna bersalin.

Proses kelahiran manusia adalah lebih sukar dan menyakitkan berbanding haiwan. Ini kerana secara relatifnya bentuk tulang pinggul ibu dan rangka kepala janin yang lebih besar.

Kini terdapat banyak kaedah untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.

Proses kelahiran yang boleh di bahagi kepada 3 peringkat:

Fasa pertama

Fasa kedua

Fasa ketiga


1. Fasa pertama kelahiran

Kelahiran bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran

Rahim akan mengecut setiap 10-30 minit pada mulanya dan pengecutan berlaku untuk

jangka masa 40 saat

Kadar pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap 2 minit

Setiap kali rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai 10cm

atau (4") lebar

Biasanya pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah jangkitan

Lapisan tersebut akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula (show)

Ini boleh diikuti dengan pecahnya selaput air ketuban ("water bag membrane")


2. Fasa kedua kelahiran

Bayi / janin dikeluarkan dari rahim melalui vagina. Ianya berlaku apabila otot rahim

dan abdomen mengecut dengan kuat

Biasanya kepala bayi dilahirkan dahulu

Sekiranya bayi berkedudukan songsang bahagian punggungnya akan dikeluarkan

dahulu. Dalam keadaan ini kaki bayi terlipat ke atas. Kini, bagi ibu yang kali pertama

hamil, selalunya bayi akan dikeluarkan melalui pembedahan "caesarean"

Selepas dilahirkan, tali pusat bayi yang menghubungkan bayi kepada uri akan dikapit

dan dipotong


3. Fasa ketiga kelahiran

Fasa ketiga kelahiran berlaku lebih kurang ¼ - ½ jam selepas bayi dilahirkan

Uri akan dikeluarkan. Uri bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri

daripada saluran darah dan tisu kolektif

Ringkasan Kelahiran

Kadangkala komplikasi boleh berlaku semasa kelahiran dan memerlukan intervensi seperti

penggunaan vakum, forsep atau pembedahan.

Sekiranya kelahiran berlaku pada remaja yang berumur kurang dari 14 tahun, komplikasi

boleh berlaku dan kelahiran mungkin tersekat akibat tulang pinggul yang sempit dan tidak

berkembang sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan kematian ibu dan anak serta kecederaan

kepada organ-organ di sekitar bahagian pelvis.


Semakan akhir:  28 April 2008 
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/KELAHIRAN.pdf

posted by siMerah @ 4:36 AM  
Masa itu maruah
Recent posted
Archives
Rantaian ranting rimba
Info pelengkap
Apa-apa aje

 

© el-Hamra